REKABENTUK MODERN

BINA

RUMAH IMPIAN

Bukan sekadar membina rumah, kami membina impian anda

(1343333-D)

Lakaran

Bina

Kontraktor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Kami membantu pemilik-pemilik tanah lot untuk merealisasikan rumah impian mereka khususnya di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bina Impian Empire bermula pada tahun 2018 dengan menawarkan perkhidmatan bina rumah atas tanah sendiri di negeri Selangor sahaja dan bermula pada tahun 2019 kami telah meluaskan perkhidmatan kami ke Negeri Sembilan dan Melaka.

 

Memiliki rumah sendiri khasnya rumah “landed” merupakan impian bagi setiap orang. Semua orang tahu dan faham kos binaan semakin meningkat dari masa ke semasa namun pandemik Covid-19 menyebabkan kos bahan binaan melambung naik dan menyebabkan ramai di antara pemilik tanah lot terpaksa menunda dan menyusun semula bajet untuk pembinaan rumah impian mereka.

 

Kami faham tentang kerisauan anda. Yang pertama, kami tahu ramai pemilik tanah lot yang tak tahu macam mana nak mulakan pencarian “design” reka bentuk rumah impian mereka kerana tidak banyak pihak di luar sana yang memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal pelanggan mereka dan ramai juga keliru macam mana nak pilih design rumah impian yang sesuai dengan kewangan dan saiz tanah lot mereka.

 

Kedua, kami faham ramai yang tak yakin dengan pilihan “design” mereka sebab tak ada ilmu asas dalam pembinaan rumah dan takut diperdaya oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab menyebabkan mereka stres dan “give up” untuk menjadikan rumah impian mereka satu kenyataan. Lambakan kontraktor dan tukang khususnya yang tidak berdaftar membuatkan ramai pemilik tanah lot mempunyai rasa sangsi dan sangat berhati-hati dalam pemilihan kontraktor untuk pembinaan rumah impian mereka.

           Ada juga yang mungkin beranggapan mereka tidak layak untuk memilik rumah impian walaupun dah ada tanah lot lalu tanah tersebut menjadi semak-samun dan terbiar begitu sahaja. Bina Impian Empire ingin bersolidariti dan menyokong pemilik tanah lot untuk keluar dari kerisauan ini. Kami nak bantu bina semula semangat anda untuk menjadikan rumah impian anda suatu realiti dan kami juga nak bantu anda untuk membuka minda dan kreativiti anda dalam pembinaan rumah impian. Kami nak sangat anda mengembalikan semula senyuman orang-orang yang tersayang dengan menyediakan sebuah rumah yang selesa.

ANDA BERSEDIA UNTUK MEREALISASIKAN RUMAH IMPIAN ANDA?
Klik sini sekarang
Join Telegram Channel Kami Sekarang

SERVIS KAMI

Kami membantu pemilik tanah lot di Selangor dan Negeri Sembilan untuk merealisasikan rumah impian mereka.

Perkhidmatan kami meliputi pembinaan rumah setingkat, rumah 2 tingkat dan pembinaan rumah sewa.

Pembinaan Rumah

0 +
Pengalaman
0 +
Rumah yang Berjaya Dibina
0 +
Pelanggan yang Berpuas Hati

Kualiti

Menjadi

Keutamaan

Kami !

TERKINI

Projek BIE

Mencari design yang mampu milik dan sesuai dengan saiz tanah anda? JOM KAMI BANTU !

Dapatkan quotation harga rumah anda sekarang !

TESTIMONI

Pelanggan

BERITA

BINA IMPIAN EMPIRE SDN BHD

(1343333-D)

No 30 Tingkat 2,
Jalan Desa Putera 43/KS8,
Pusat Perniagaan Desa Putera @ D’Kebun,
41200 Klang, Selangor

Email : binaimpian2marketing@gmail.com

Pejabat
03-5166 3541

Faks
03-5166 3543

Hotline
017-6633 676
014-3633 313
019-9943 094

© Copyright 2021 BINA IMPIAN EMPIRE SDN BHD | Website Designed by SS Design Team