10 TAHUN SIMPIAN IMPIAN - AKHIRNYA ENCIK FAAZEL BERJAYA MEMILIKI RUMAH IMPIAN MAMPU MILIK YANG BEBAS DARI HUTANG

11 Oktober 2021/ by Admin

KALAU TAK PECAHKAN RUYUNG, MANA KAN DAPAT SAGUNYA. Ni lah peribahasa yang sesuai dengan kisah Encik Faazel. Beliau membuat tindakan yang sangat besar dengan membuat keputusan untuk menjual rumah lama beliau asbab pertambahan ahli keluarga dan siapa sangka perkenalan TANPA SENGAJA dengan Bina Impian Empire sangat berbaloi dan kini mampu tersenyum dengan tercapainya rumah impian beliau sekeluarga.

Alhamdulillah, dengan izin Allah..walaupun kekangan pandemik dan lockdown, rumah sederhana besar ini dapat disiapkan. Kata-kata dari Encik Faazel, sesiapa yang ingin MEMILIKI RUMAH IMPIAN, BERUSAHALAH SEBAIK MUNGKIN untuk mendapatkan apa yang dihajati. Walaupun terpaksa kita korbankan sesuatu harta benda untuk mendapatkan yang lebih baik.. TERUSKANLAH!

Tahniah kami ucapkan kepada Encik Faazel dan keluarga kerana berjaya memiliki rumah impian yang ditunggu-tunggu selama ini. Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan kepercayaan tuan sekeluarga kepada Bina Impian Empire. Tak lupa kepada seluruh team yang terlibat, GOODJOB GUYS, YOU ARE AMAZING!

Kami di Bina Impian Empire adalah kontraktor bina rumah atas tanah sendiri yang menjadi pemudah cara dalam urusan anda untuk memiliki rumah impian anda sekeluarga. Siapa kat sini yang dah ada tanah dan nak capai impian macam Encik Faazel? Jom kami bantu anda.