10 April 2021/ by Admin
Majlis Raikan Rezeki Ramadhan iaitu majlis pemberian sumbangan kepada masyarakat komuniti setempat sempena menyambut bulan Ramadhan berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat.
.
Alhamdulillah kami diberi kesempatan waktu, ruang dan rezeki untuk sama-sama berkongsi kerana kami di Bina Impian Empire percaya di dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain.
.
Perkongsian rezeki ini dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana 2 kumpulan utama iaitu orang awam dan keluarga asnaf diraikan dalam majlis hari ini.
.
Terima kasih diucapkan kepada tuan Yusof dari team Yayasan Amal Malaysia dan Encik Jalal wakil penduduk Bukit Naga yang hadir pada majlis ini. Juga kepada pihak pengurusan Pusat Perniagaan Desa Putera dan seluruh ahli keluarga BIE.
.
Semoga video ini akan mendorong lebih ramai lagi orang untuk melakukan kebaikan.
.
“TIDAK AKAN MISKIN ORANG YANG BERSEDEKAH”